Majlis penyerahan Kad Perak Prihatin telah berlangsung di Sungai Manik

Majlis penyerahan Kad Perak Prihatin telah berlangsung di Sungai Manik pada 04 November


2020 bertempat di Pusat Khidmat Adun Sungai Manik, Teluk Intan, Perak. Majlis tersebut

telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Azhar Bin Jamaluddin ADUN Sungai Manik.

Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh kakitangan Selcare Management Sdn Bhd dan Brand

Equity Sdn Bhd. Seramai 61 orang penerima telah menerima manfaat daripada bantuan Kad

Perak Prihatin.


YB Dato’ Mohd Azhar Bin Jamaluddin berkata, beliau berharap dengan bantuan yang telah

diterima oleh penerima yang terpilih dapat dimanfaatkan dan membantu golongan yang

memerlukan bantuan sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri Perak untuk meningkatkan

taraf hidup rakyat secara holistik. YB Dato’ Mohd Azhar Bin Jamaluddin telah menyampaikan Kad Perak Prihatin kepada semua penerima pada hari tersebut.


Selesai penyerahan kad Perak Prihatin, penerima bergerak ke kaunter pengaktifan bagi

mengaktifkan kad agar urusan pembelian atau urusan untuk mendapatkan rawatan dapat

dilakukan.




© 2019 Hakmilik Terpelihara SELCARE Management Sdn Bhd 
Hubungi Kami - 1 800 22 6600| Emel - info@perakprihatin.com