Majlis penyerahan Kad Perak Prihatin telah berlangsung Kg Gajah pada 05 Januari 2021 sehingga 07 Januari 2021 bertempat di Pusat Khidmat Adun Kg Gajah, Dewan Kg Matang Tok Embin, Perak.

Majlis tersebut dihadiri oleh kakitangan Selcare Management Sdn Bhd dan Brand Equity Sdn Bhd. Program ini juga dihadiri dan dibantu oleh kakitangan Pusat Khidmat Adun Kg Gajah sepanjang program berlangsung.
Sebanyak 245 orang penerima telah menerima manfaat daripada bantuan Kad Perak Prihatin. Encik Abdul Muttalib Bin Omar, Pegawai Khas Adun Kg gajah berkata “dengan adanya Kad Perak Prihatin diharapkan dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan pada waktu yang getir seperti sekarang dimana seluruh negara dilanda wabak Covid-19 dan yang terbaru musim banjir khususnya di Negeri Perak”.
Penerima telah diberi penerangan mengenai manfaat bagi penerimaan Kad Perak Prihatin sebelum proses penyerahan kad Perak Prihatin dan sesi pengaktifan Kad Perak Prihatin dilakukan. Penerima menzahirkan rasa bersyukur kerana terpilih untuk menerima bantuan kad Perak Prihatin sekaligus dapat mengurangkan beban yang dihadapi.
Selesai sahaja taklimat ringkas mengenai kad Perak Prihatin, penerima bergerak ke kaunter pengaktifan bagi mengaktifkan kad agar urusan pembelian atau urusan untuk mendapatkan rawatan dapat dilakukan.