top of page

Majlis penyerahan Kad Perak Prihatin Adun Rungkup

Majlis penyerahan Kad Perak Prihatin telah berlangsung di Bagan Datoh pada 30 Oktober

2020 bertempat di Pusat Khidmat Adun Rungkup, Bagan Datoh, Perak.


Majlis tersebut telah dijayakan oleh kakitangan Selcare Management Sdn Bhd dan Brand

Equity Sdn Bhd. Seramai 52 orang penerima telah menerima manfaat daripada bantuan Kad

Perak Prihatin.


Penerima telah diberi penerangan mengenai manfaat bagi penerimaan Kad Perak Prihatin

sebelum proses penyerahan kad Perak Prihatin dan sesi pengaktifan Kad Perak Prihatin

dilakukan.


Penerima menzahirkan rasa bersyukur kerana terpilih untuk menerima bantuan

kad Perak Prihatin sekaligus dapat mengurangkan beban yang dihadapi.


Selesai sahaja taklimat ringkas mengenai kad Perak Prihatin, penerima bergerak ke kaunter

pengaktifan bagi mengaktifkan kad agar urusan pembelian atau urusan untuk mendapatkan

rawatan dapat dilakukan.




bottom of page