Majlis penyerahan Kad Perak Prihatin telah berlangsung di Kg Gajah pada 17 September 2020 bertempat di Pasaraya Sakan, Kg. Gajah Perak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Wan Norashikin Bt Wan Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat.
Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Perak Tengah, Puan Rozalinawati Binti Che Rosli dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Perak Tengah En. Norhisyam Bin Karno.
Majlis juga turut dihadiri oleh Ketua Program Negeri, Selcare Management Sdn Bhd Cik Norhayati Binti Hassan , Puan Nurfarah Khairin Binti Ahmad Khairi, Pegawai Khas Ketua Eksekutif PKNPk,  Pengarah Pengurusan Syarikat Sakan, Datin Rosmariza Binti Dato Hj. Che Umar dan Ahli Jawatankuasa Sementara Pengurusan Kampung. Seramai 89 orang penerima telah menerima manfaat daripada bantuan Kad Perak Prihatin. Selain itu, majlis penyerahan Kad Perak Prihatin juga telah berlangsung di Bota, Perak dimana majlis tersebut telah dirasmikan oleh YABHG. Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Binti Dato’ Mohamed Radzi pada 10/10/2020 di Dewan Dato’ Ahamed Hambal, Bota Kanan, Perak.  Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Datuk Dr Wan Norashikin Bt Wan Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dan  YB. Tuan Khairul Sharil Bin Mohamed, Pengerusi Jawatan Kuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Merangkap ADUN Bota. Tambahan, forum peranan masyarakat dalam perangi pedofilia anjuran Helping Shoulder serta perasmian pelancaran bahu yang membantu (HELPING SHOULDER) cawangan Perak turut diadakan pada hari tersebut. Selesai sahaja forum dan perasmian Helping Shoulder, penyerahan Kad Perak Prihatin telah dilakukan dimana sebanyak 67 orang penerima menerima manfaat daripada bantuan Kad Perak Prihatin. Selesai penyerahan kad Perak Prihatin, penerima bergerak ke kaunter pengaktifan bagi mengaktifkan kad agar urusan pembelian atau urusan untuk mendapatkan rawatan dapat dilakukan